Ciri-Ciri , Konsep dan Tujuan Perlembagaan Negara .
Sejarah Perlembagaan .
Tahukah anda apakah perlembagaan? Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.
1) Ciri-Ciri Perlembagaan Negara .
Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi konsep dan dasar pelaksanaannya. Antara lain ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:
1. Kekal
Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim. Ianya membolehkan rakyat mengetahui hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut, dan membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
2. Unsur-Unsur Tanggungjawab
Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat adalah berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.
3. Pilihan Raya
Melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil mereka dalam dewan parlimen. Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan rakyat.
4. Pembahagian Kuasa
Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Badan kehakiman pula menjadi badan yang melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen.
5. Terbuka
Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan agar rakyat tahu dan menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan yang dijalankan di parlimen akan disebarkan kepada umum melalui media massa seperti belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baru.
2) Konsep Perlembagaan .CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Terdapat beberapa ciri perlembagaan, iaitu
(i) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis.
(ii) Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu.
(iii) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.
(iv) Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
(v) Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya.
(vi) Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undang-undang, pemerintah dan kuasa kehakiman.
(vii) Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri, perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
(viii) Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi. Bahagian-bahagian dalam perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.
Kewujudan sebuah perlembagaan bagi sesebuah negara yang berdaulat sangat penting. Ia akan menentukan perjalanan sesebuah negara berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Tujuannya ialah
1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara
Perlembagaan boleh menjamin keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi dalam menetuka hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia mereka dalam mendirikan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme tidak akan wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan dan mencintai negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seseorang rakyat, maka tidak akan wujud semangat patriotisme di dalam jiwa mereka sebagai satu syarat untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara. Justeru itu, negara menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh, pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan negara. Jadi dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.
2. Sebagai Rujukan
Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain boleh menjadikan ia sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Keadaan tegang akibat daripada perasaan tidak puas hati dapat dielakkan jika rakyat diwajibkan menurut dan menghormati apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh diselesaikan dengan tenang berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang bertentangan duduk membincangkan masalah mereka secara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tidaklah begitu sukar diselesaikan. Justeru itu, dengan adanya perlembagaan sebagai sumber rujukan utama dari segi perundangan ia dapat menyesuaikan konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.
3. Mewujudkan Kestabilan Negara
Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.
4. Mengawal Perjalanan Kerajaan
Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak-tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.
5. Mengekalkan Keamanan
Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin dari parti politik yang menang mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu yang memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.
6. Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara
Dengan adanya perlembagaan rakyat mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara. Sikap ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai.
JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis iaitu
1. Perlembagaan Panjang dan Pendek
Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara dengan negara lain tidak sama. Panjang atau pendek sebuah perlembagaan itu bergantung kepada berapa banyak perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut. Sebagai contoh Perlembagaan India sangat panjang, manakala Perlembagaan negara Amerika Syarikat adalah pendek di mana terdapat hanya tujuh perkara sahaja. Sementara di Malaysia pula perlembagaannya sederhana panjang, mengandungi 183 perkara.
2. Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis
Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam bentuk dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta yang lain tetapi tidak dikodkan. Perlembagaan jenis ini terdapat di United Kingdom.
Dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di United Kingdom. Sementara di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan bertulis, kedudukan parlimen tertakluk kepada perlembagaan kerana dari segi statusnya perlembagaan adalah yang tertinggi. Oleh itu, timbul tanggapan jika sebuah negara mengamalkan perlembagaan bukan bertulis, maka parlimen berkuasa membuat dan meminda undang-undang. Manakala dalam negara yang menggunakan perlembagaan bertulis maka pindaan ke atas perlembagaan itu sendiri hanya boleh dibuat melalui tatacara yang khusus yang berbeza dengan acara perundangan yang lain.
3. Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden
Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan antara institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang begitu rapat sekali. Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina.
4. Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar (flexible)
Ketat (rigid) atau longgar (flexible) sesuatu perlembagaan dilihat kepada keadaan bagaimana perlembagaan itu boleh dipinda. Perlembagaan itu dianggap sebagai ketat sekiranya sukar dipinda kerana memerlukan majoriti sokongan yang sangat tinggi. Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar sekiranya ia boleh dipinda dengan hanya memerlukan majoriti kecil sahaja. (simple majoriti).
5. Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu
Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya dibuat dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelasnya membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri. Umpamanya di Malaysia, kuasa itu diperuntukkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Lazimnya kuasa kepada persekutuan lebih banyak berbanding dengan kuasa yang dimiliki oleh negeri.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Bahagian 2 - Kebebasan Asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bab 1 - Perolehan Kewarganegaraan
Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
Bab 3 - Tambahan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bab 1 - Kepala Utama Negara
Bab 2 - Majlis raja-raja
Bab 3 - Pemerintah
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
Bab 5 - Acara Perundangan
Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan guaman
Bahagian 5 - Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-negeri
Bab 1 - Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintahan
Bab 3 - Pembahagian beban kewangan
Bab 4 - Tanah
Bab 5 - Pembangunan negara
Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan-kegiatan Negeri
Bab 7 - Masjlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 7 - Bab 1 - Am
Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 8 - Pilihan raya
Bahagian 9 - Penghakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan Awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, dan Kuasa-kuasa Darurat
Bahagian 12 - Am dan Pelbagai
Bahagian 12A - Perlindungan Tambahan Bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian 14 - Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-raja, dan sebagainya.
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang. Ia terdiri daripada adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah Inggeris. Inggeris yang pernah memerintah lebih satu abad di Tanah Melayu telah meninggalkan banyak kesan ke atas Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan. Unsur-unsur baru bagi orang Melayu ini dikenali sebagai unsur-unsur moden dalam perlembagaan. Sementara beberapa unsur lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan ini digolongkan sebagai “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British. Unsur-unsur tradisi di dalam perlembagaan ini sangat perlu dipelihara bagi mewujudkan perpaduan kaum dan kestabilan politik sebagai syarat memajukan negara. Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara kita, ialah
1. Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja sudah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun di negeri-negeri Melayu. Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana. Kepentingan raja atau sultan ini dapat dilihat dalam kerajaan yang ditubuhkan. Kerajaan itu dari perkataan raja sebagai pusat atau fokus segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara mutlak. (Sila imbas kembali pelajaran ini dalamBab 2).
Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu pada abad kesembilan belas. Seorang penasihat Inggeris akan dilantik untuk menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam (lihat Maxwell & Gibson, 1924). Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang usaha menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada sultan.
Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya menguntungkan orang bukan Melayu. Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila Tanah Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama yang berpusat di Kuala Lumpur. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip “jus soli” atau mengikut tempat lahir telah menghapuskan hak turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan orang Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka menguasai ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam sektor getah dan bijih timah.
Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah berjaya menggagalkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris ke Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 telah menetapkan Raja Perlembagaan. Yang Dipertuan Agong (YDA) sebagai Ketua Utama negara memerintah atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet. Sementara di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan memerintah dengan nasihat Menteri Besar dan majlis mesyuarat negeri. YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari segi undang-undang dan sebarang perubahan yang hendak dibuat terhadap kedudukan YDA dan Raja-raja Melayu mestilah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
2. Agama Islam
Islam dan orang Melayu bukan satu perkara baru. Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. Sebenarnya orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.
Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.
Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam.
3. Bahasa Melayu
Seperti agama Islam, bahasa Melayu juga tidak asing bagi orang Melayu kerana telah ditetapkan oleh perlembagaan bahawa orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan seperti sekarang. Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya orang Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan penduduknya bahasa Melayu juga mejadi Lingua Franca (perantaraan) kepada pedagang yang dating berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Malah semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi.
Bermula pada tahun 1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan (minit mesyuarat) mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union masih mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa rasmi. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan wujud kembali apabila menyedari masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu. Pada tahun 1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur antara kaum semasa mencapai kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pada tahun 1957 dan bermula pada tahun 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah.
3. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu
Sama seperti agama dan bahasa bagi orang Melayu, hak istimewa juga bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul.
Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.
Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDA tidak boleh mengganggu atau menarik balik apa-apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.
PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan negara unik kerana ia menggabung unsur lama dan baru. Di samping keunikan itu, terdapat beberapa faedah dan kebaikan yang boleh dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Orang melayu yang ketinggalan dalam semua bidang jika disbanding dengan kaum bukan Melayu. Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau terpinggir di negara sendiri.
Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka yang hilang semasa penjajahan Inggeris. Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi perdagangan yang menguntungkan. Sebaliknya orang bukan Melayu telah dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector tersebut. Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru kepada pendatang asing dalam tempoh yang lama.
Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu sesuai sebagai penduduk peribumi negara ini. Orang Melayu yang menduduki negara ini sejak sekian lama memang telah sebati dengan sistem pemerintahan beraja. Raja bagi orang Melayu adalah lambang tempat menumpahi taat setia yang tidak berbelah bagi. Di sini raja boleh berfungsi sebagai unsur penyatuan kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang berbagai kaum supaya bersatu-padu dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi juga.
Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya telah dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada kaum buka Melayu, sebagai ganti kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan unsur tradisi di dalam perlembagaan. Persetujuan dan tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo. Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini, orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda. Pindaan itu melarang menggolongkan perkara yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan sebagai perkara sensitif
.Konsep kewarganegaraan dalam perlembagaan malaysia
.Konsep kewarganegaraan dalam perlembagaan malaysia
KEWARGANEGARAAN
Bab l—Pemerolehan Kewarganegaraan
Kewarganegaraan melalui kuat kuasa
undang-undang
14. (1) Tertakluk kepada peruntukan
Bahagian ini, orang yang
berikut ialah warganegara melalui
kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir
sebelum Hari Malaysia yang
menjadi warganegara Persekutuan
menurut kuasa
peruntukan yang terkandung dalam
Bahagian I Jadual
Kedua; dan
28
Perlembagaan Persekutuan
(b) tiap-tiap orang yang lahir pada
atau selepas Hari
Malaysia dan mempunyai mana-mana
kelayakan yang
dinyatakan dalam Bahagian II Jadual
Kedua.
(c) (Dimansuhkan).
(2) (Dimansuhkan).
(3) (Dimansuhkan).
Kewarganegaraan melalui pendaftaran
(isteri dan anak
warganegara)
15. (1) Tertakluk kepada Perkara 18,
apabila permohonan
dibuat kepada Kerajaan Persekutuan
oleh mana-mana perempuan
bersuami yang suaminya seorang
warganegara, maka perempuan
itu berhak didaftarkan sebagai
warganegara jika perkahwinan itu
masih wujud dan suaminya itu seorang
warganegara pada permulaan
bulan Oktober 1962, atau jika dia
memuaskan hati Kerajaan
Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin di
Persekutuan sepanjang
tempoh dua tahun sebelum tarikh
permohonan itu dan
berniat hendak berbuat demikian
secara tetap; dan
(b) bahawa dia berkelakuan baik.
(2) Tertakluk kepada Perkara 18,
apabila permohonan dibuat
kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu
atau bapa atau penjaga
mana-mana orang yang di bawah umur
dua puluh satu tahun,
maka Kerajaan Persekutuan boleh
menyebabkan orang itu
didaftarkan sebagai warganegara jika
sekurang-kurangnya salah
seorang daripada ibu bapanya sekarang
(atau pada masa kematiannya)
seorang warganegara.
(3) Tertakluk kepada Perkara 18,
apabila permohonan dibuat
kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu
atau bapa atau penjaga
seseorang yang di bawah umur dua
puluh satu tahun, maka orang
itu berhak didaftarkan sebagai
warganegara jika dia dilahirkan
sebelum permulaan bulan Oktober 1962
dan bapanya sekarang
(atau pada masa kematiannya) seorang
warganegara dan juga seorang
warganegara pada permulaan bulan itu
(jika hidup pada masa itu),
dan jika Kerajaan Persekutuan berpuas
hati bahawa orang itu
biasanya bermastautin di Persekutuan
dan berkelakuan baik.
29
Undang-Undang Malaysia
(4) Bagi maksud Fasal (1),
kemastautinan sebelum Hari Malaysia
di wilayah-wilayah yang termasuk di
dalam Negeri Sabah dan
Sarawak hendaklah dikira sebagai
kemastautinan di Persekutuan.
(5) Sebutan dalam Fasal (1) mengenai
perempuan bersuami ialah
sebutan mengenai perempuan yang
perkahwinannya telah didaftarkan
mengikut mana-mana undang-undang
bertulis yang berkuat kuasa
di Persekutuan, termasuklah mana-mana
undang-undang sedemikian
yang berkuat kuasa sebelum Hari
Merdeka, atau mengikut manamana
undang-undang bertulis yang berkuat
kuasa sebelum Hari
Malaysia di wilayah-wilayah yang
termasuk di dalam Negeri Sabah
dan Sarawak:
Dengan syarat bahawa Fasal ini
tidaklah terpakai jika perempuan
itu memohon supaya didaftarkan
sebagai warganegara sebelum
permulaan bulan September 1965, atau
apa-apa tarikh kemudiannya
sebagaimana yang ditetapkan melalui
perintah oleh Yang di-Pertuan
Agong, dan jika pada tarikh
permohonan itu dia biasanya bermastautin
di Negeri Sabah dan Sarawak.
(6) (Dimansuhkan).
Kuasa khas untuk mendaftarkan
kanak-kanak
15A. Tertakluk kepada Perkara 18,
Kerajaan Persekutuan boleh,
dalam apa-apa hal keadaan khas yang
difikirkannya patut,
menyebabkan mana-mana orang yang di
bawah umur dua puluh
satu tahun didaftarkan sebagai
warganegara.
Kewarganegaraan melalui pendaftaran
(orang yang dilahirkan
di Persekutuan sebelum Hari Merdeka)
16. Tertakluk kepada Perkara 18,
apabila permohonan dibuat
kepada Kerajaan Persekutuan oleh
mana-mana orang yang
berumur lapan belas tahun atau lebih
dan yang dilahirkan di
Persekutuan sebelum Hari Merdeka,
maka orang itu berhak
didaftarkan sebagai warganegara jika
dia memuaskan hati Kerajaan
Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin di
Persekutuan dalam masa
tujuh tahun sebaik sebelum tarikh
permohonan itu, selama
tempoh yang pada agregatnya berjumlah
tidak kurang
daripada lima tahun;
30
Perlembagaan Persekutuan
(b) bahawa dia berniat hendak berbuat
demikian secara
tetap;
(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(d) bahawa dia mempunyai pengetahuan
asas bahasa Melayu.
Kewarganegaraan melalui pendaftaran
(orang yang
bermastautin di Negeri Sabah dan
Sarawak pada Hari
Malaysia)
16A. Tertakluk kepada Perkara 18,
apabila permohonan dibuat
kepada Kerajaan Persekutuan sebelum
bulan September 1971 oleh
mana-mana orang yang berumur lapan
belas tahun atau lebih dan
yang biasanya bermastautin di Negeri
Sabah atau Sarawak pada
Hari Malaysia, maka orang itu berhak
didaftarkan sebagai
warganegara jika dia memuaskan hati
Kerajaan Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin
sebelum Hari Malaysia di
wilayah-wilayah yang termasuk di
dalam NegeriNegeri
itu dan bermastautin selepas Hari
Malaysia di
Persekutuan selama tempoh yang pada
agregatnya
berjumlah tidak kurang daripada tujuh
tahun dalam masa
sepuluh tahun sebaik sebelum tarikh
permohonan itu,
dan tempoh itu termasuklah tempoh dua
belas bulan
sebaik sebelum tarikh itu;
(b) bahawa dia berniat hendak
bermastautin secara tetap di
Persekutuan;
(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(d) bahawa dia mempunyai pengetahuan
yang mencukupi
dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris atau, dalam
hal pemohon yang biasanya
bermastautin di Sarawak,
mempunyai pengetahuan yang mencukupi
dalam bahasa
Melayu, bahasa Inggeris atau
mana-mana bahasa ibunda
yang digunakan pada masa ini di
Sarawak, kecuali jika
permohonan itu dibuat sebelum bulan
September 1965
dan pemohon telah mencapai umur empat
puluh lima
tahun pada tarikh permohonan itu.
17. (Dimansuhkan).
31
Undang-Undang Malaysia
Peruntukan am tentang pendaftaran
18. (1) Tiada seorang pun yang
berumur lapan belas tahun atau
lebih boleh didaftarkan sebagai
warganegara di bawah Perlembagaan
ini sehinggalah dia telah mengangkat
sumpah yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama.
(2) Kecuali dengan kelulusan Kerajaan
Persekutuan, tiada seorang
pun yang telah melepaskan atau yang
telah dilucutkan
kewarganegaraannya di bawah
Perlembagaan ini atau yang telah
melepaskan atau yang telah dilucutkan
kewarganegaraan persekutuan
atau kewarganegaraan bagi Persekutuan
sebelum Hari Merdeka di
bawah Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 boleh didaftarkan
sebagai warganegara di bawah
Perlembagaan ini.
(3) Seseorang yang didaftarkan
sebagai warganegara di bawah
Perlembagaan ini menjadi warganegara
melalui pendaftaran mulai
dari hari dia didaftarkan sedemikian.
(4) (Dimansuhkan).
Kewarganegaraan melalui
penaturalisasian
19. (1) Tertakluk kepada Fasal (9),
apabila permohonan dibuat
oleh mana-mana orang yang berumur dua
puluh satu tahun atau
lebih yang bukan warganegara, maka
Kerajaan Persekutuan boleh
memberi orang itu suatu perakuan
naturalisasi jika Kerajaan
Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa—
(i) dia telah bermastautin di
Persekutuan selama tempoh
yang dikehendaki dan berniat hendak
berbuat
demikian secara tetap jika diberi
perakuan itu;
(ii) (Dimansuhkan);
(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan
yang memadai dalam
bahasa Melayu.
(2) Tertakluk kepada Fasal (9),
apabila permohonan dibuat
oleh mana-mana orang yang berumur dua
puluh satu tahun atau
lebih yang bukan warganegara, maka
Kerajaan Persekutuan
32
Perlembagaan Persekutuan
boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas
yang difikirkannya patut,
memberi orang itu suatu perakuan
naturalisasi jika Kerajaan
Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa dia telah bermastautin di
Persekutuan selama
tempoh yang dikehendaki dan berniat
hendak berbuat
demikian secara tetap jika diberi
perakuan itu;
(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan
yang memadai dalam
bahasa Melayu.
(3) Tempoh kemastautinan di
Persekutuan atau bahagiannya
yang berkaitan yang dikehendaki bagi
pemberian suatu perakuan
naturalisasi ialah tempoh yang pada
agregatnya berjumlah tidak
kurang daripada sepuluh tahun dalam
masa dua belas tahun sebaik
sebelum tarikh permohonan bagi
perakuan itu, dan tempoh itu
termasuklah tempoh dua belas bulan
sebaik sebelum tarikh itu.
(4) Bagi maksud Fasal (1) dan (2),
kemastautinan sebelum Hari
Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk
di dalam Negeri Sabah
dan Sarawak hendaklah dikira sebagai
kemastautinan di Persekutuan;
dan bagi maksud Fasal (2),
kemastautinan di Singapura sebelum
Hari Malaysia atau dengan kelulusan
Kerajaan Persekutuan
kemastautinan di Singapura selepas
Hari Malaysia hendaklah dikira
sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(5) Seseorang yang diberi perakuan
naturalisasi menjadi
warganegara melalui penaturalisasian
mulai dari tarikh perakuan
itu diberikan.
(6) (Dimansuhkan).
(7) (Dimansuhkan).
(8) (Dimansuhkan).
(9) Tiada perakuan naturalisasi boleh
diberikan kepada manamana
orang sehinggalah dia telah
mengangkat sumpah yang
dinyatakan dalam Jadual Pertama.
19A. (Dimansuhkan).
20. (Dimansuhkan).
33
Undang-Undang Malaysia
21. (Dimansuhkan).
Kewarganegaraan melalui penggabungan
wilayah
22. Jika mana-mana wilayah baru
diterima masuk ke dalam
Persekutuan selepas Hari Malaysia
menurut Perkara 2, maka Parlimen
boleh melalui undang-undang
menentukan siapakah orang yang
akan menjadi warganegara oleh sebab
hubungan mereka dengan
wilayah itu dan tarikh atau
tarikh-tarikh mereka itu akan menjadi
warganegara.
Bab 2—Penamatan Kewarganegaraan
Pelepasan kewarganegaraan
23. (1) Mana-mana warganegara yang
berumur dua puluh satu
tahun atau lebih dan yang sempurna
akal yang juga ialah seorang
warganegara negara lain atau yang
hampir menjadi seorang
warganegara negara lain boleh
melepaskan kewarganegaraannya
bagi Persekutuan melalui akuan yang
didaftarkan oleh Kerajaan
Persekutuan, dan hendaklah sesudah
itu terhenti menjadi warganegara.
(2) Akuan yang dibuat di bawah
Perkara ini dalam masa apaapa
peperangan yang dalamnya Persekutuan
terlibat tidaklah boleh
didaftarkan kecuali dengan kelulusan
Kerajaan Persekutuan.
(3) Perkara ini terpakai bagi
seseorang perempuan yang di bawah
umur dua puluh satu tahun yang telah
berkahwin sebagaimana
Perkara ini terpakai bagi seseorang
yang berumur dua puluh satu
tahun atau lebih.
Pelucutan kewarganegaraan kerana
memperoleh atau
menggunakan kewarganegaraan asing,
dsb.
24. (1) Jika Kerajaan Persekutuan
berpuas hati bahawa manamana
warganegara telah memperoleh
kewarganegaraan mana-mana
negara di luar Persekutuan melalui
pendaftaran, penaturalisasian
atau perbuatan sukarela dan formal
yang lain (selain perkahwinan)
maka Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan orang itu.
(2) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas
hati bahawa manamana
warganegara telah menuntut dan
menggunakan dengan
34
Perlembagaan Persekutuan
sukarela di mana-mana negara di luar
Persekutuan apa-apa hak
yang terdapat untuknya di bawah
undang-undang negara itu, iaitu
hak-hak yang diberikan secara khusus
kepada warganegara
negara itu maka Kerajaan Persekutuan
boleh melalui perintah
melucutkan kewarganegaraan orang itu.
(3) (Dimansuhkan).
(3A) Tanpa menjejaskan keluasan Fasal
(2), penggunaan hak
undi dalam mana-mana pemilihan
politik di sesuatu tempat di
luar Persekutuan hendaklah disifatkan
sebagai penuntutan dan
penggunaan yang sukarela suatu hak
yang terdapat di bawah
undang-undang tempat itu; dan bagi
maksud Fasal (2), seseorang
yang, selepas tarikh yang ditetapkan*
oleh Yang di-Pertuan
Agong melalui perintah bagi maksud
Fasal ini—
(a) memohon kepada pihak berkuasa
sesuatu tempat di
luar Persekutuan supaya pasport
dikeluarkan atau
dibaharui; atau
(b) menggunakan pasport yang
dikeluarkan oleh pihak
berkuasa itu sebagai dokumen
perjalanan,
hendaklah disifatkan dengan sukarela
menuntut dan menggunakan
suatu hak yang terdapat di bawah
undang-undang tempat itu, iaitu
suatu hak yang diberikan secara
khusus kepada warganegara tempat
itu.
(4) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas
hati bahawa mana-mana
perempuan yang menjadi warganegara
melalui pendaftaran di bawah
Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh
kewarganegaraan manamana
negara di luar Persekutuan oleh sebab
perkahwinannya dengan
seseorang yang bukan warganegara,
maka Kerajaan Persekutuan
boleh melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan perempuan
itu.
Pelucutan kewarganegaraan melalui
pendaftaran di bawah
Perkara 16A atau 17 atau melalui
penaturalisasian
25. (1) Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah
melucutkan kewarganegaraan mana-mana
orang yang menjadi
warganegara melalui pendaftaran di
bawah Perkara 16A atau 17
*10 Oktober 1963–lihat L.N. 268/1963.
35
Undang-Undang Malaysia
atau yang menjadi warganegara melalui
penaturalisasian jika
berpuas hati—
(a) bahawa orang itu telah
menunjukkan dirinya melalui
perbuatan atau percakapan sebagai
tidak taat atau tidak
setia kepada Persekutuan;
(b) bahawa orang itu, dalam masa
apa-apa peperangan yang
dalamnya Persekutuan sedang atau
telah terlibat, telah
dengan menyalahi undang-undang
berdagang dengan
atau menghubungi musuh atau
melibatkan diri atau
menjadi sekutu dalam apa-apa
perniagaan yang pada
pengetahuannya telah dijalankan
mengikut apa-apa cara
sehingga dapat membantu musuh dalam
peperangan itu;
atau
(c) bahawa orang itu, dalam tempoh
lima tahun mulai dari
tarikh pendaftaran atau dari tarikh
perakuan diberikan,
telah dihukum dengan pemenjaraan di
mana-mana
negara selama tempoh tidak kurang
daripada dua belas
bulan atau denda tidak kurang
daripada lima ribu ringgit
atau yang senilai dengannya dalam
mata wang negara
itu, dan telah tidak mendapat
pengampunan bebas
berkenaan dengan kesalahan yang
kerananya dia telah
dihukum sedemikian.
(1A) Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan mana-mana orang yang
menjadi warganegara
melalui pendaftaran di bawah Perkara
16A atau 17 atau yang
menjadi warganegara melalui
penaturalisasian jika berpuas hati
bahawa orang itu, tanpa kelulusan
Kerajaan Persekutuan, telah
menerima, berkhidmat dalam, atau
melaksanakan tugas apa-apa
jawatan, perjawatan atau pekerjaan di
bawah Kerajaan manamana
negara di luar Persekutuan atau
mana-mana subbahagian
politiknya, atau di bawah mana-mana
agensi Kerajaan itu, dalam
apa-apa hal jika suatu sumpah, ikrar
atau akuan setia dikehendaki
berkenaan dengan jawatan, perjawatan
atau pekerjaan itu:
Dengan syarat bahawa seseorang
tidaklah boleh dilucutkan
kewarganegaraannya di bawah Fasal ini
oleh sebab apa-apa
jua yang dilakukan olehnya sebelum
permulaan bulan Oktober
1962, berhubung dengan suatu negara
asing, dan sebelum
permulaan bulan Januari 1977,
berhubung dengan suatu
36
Perlembagaan Persekutuan
negara Komanwel, walaupun pada masa
itu dia telah menjadi
seorang warganegara.
(2) Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan mana-mana orang yang
menjadi warganegara
melalui pendaftaran di bawah Perkara
16A atau 17 atau yang
menjadi warganegara melalui
penaturalisasian jika berpuas hati
bahawa orang itu biasanya
bermastautin di negara-negara di luar
Persekutuan bagi tempoh terus-menerus
selama lima tahun dan
dalam tempoh itu orang itu—
(a) tidak pernah pada bila-bila masa
berada dalam
perkhidmatan Persekutuan atau dalam
perkhidmatan
sesuatu organisasi antarabangsa yang
dianggotai oleh
Kerajaan Persekutuan; dan juga
(b) tidak mendaftarkan tiap-tiap
tahun di konsulat Persekutuan
niatnya hendak mengekalkan
kewarganegaraannya:
Dengan syarat bahawa Fasal ini
tidaklah terpakai bagi apa-apa
tempoh kemastautinan di mana-mana
negara Komanwel sebelum
permulaan bulan Januari 1977.
(3) (Dimansuhkan).
Peruntukan lain bagi melucutkan
kewarganegaraan melalui
pendaftaran atau penaturalisasian
26. (1) Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan mana-mana warganegara
yang menjadi
warganegara melalui pendaftaran atau
melalui penaturalisasian jika
berpuas hati bahawa pendaftaran atau
perakuan naturalisasi itu—
(a) telah didapati dengan cara fraud,
nyataan palsu atau
penyembunyian apa-apa fakta material;
atau
(b) telah dibuat atau diberikan
dengan silap.
(2) Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan mana-mana perempuan
yang menjadi
warganegara melalui pendaftaran di
bawah Fasal (1) Perkara 15
jika berpuas hati bahawa perkahwinan
yang disebabkan olehnya
perempuan itu didaftarkan telah
dibubarkan, melainkan
37
Undang-Undang Malaysia
disebabkan oleh kematian, dalam tempoh
dua tahun mulai dari
tarikh perkahwinan itu.
(3) (Dimansuhkan).
(4) (Dimansuhkan).
Pelucutan kewarganegaraan anak orang
yang hilang
kewarganegaraannya
26A. Jika seseorang telah melepaskan
kewarganegaraannya atau
telah dilucutkan kewarganegaraannya di
bawah Fasal (1) Perkara
24 atau perenggan (a) Fasal (1)
Perkara 26, maka Kerajaan
Persekutuan boleh melalui perintah
melucutkan kewarganegaraan
mana-mana anak orang itu yang di
bawah umur dua puluh satu
tahun yang telah didaftarkan sebagai
warganegara menurut
Perlembagaan ini dan telah
didaftarkan sedemikian sebagai anak
orang itu atau anak isteri atau anak
suami orang itu.
Peruntukan am tentang kehilangan
kewarganegaraan
26B. (1) Pelepasan atau pelucutan
kewarganegaraan tidaklah
melepaskan seseorang daripada
liabiliti berkenaan dengan apaapa
jua yang dilakukan atau tidak
dilakukan sebelum dia terhenti
menjadi warganegara.
(2) Tiada seorang pun boleh
dilucutkan kewarganegaraan di
bawah Perkara 25, 26 atau 26A
melainkan jika Kerajaan
Persekutuan berpuas hati bahawa tidak
berfaedah bagi kebaikan
awam untuk dia terus menjadi
warganegara; dan tiada seorang
pun boleh dilucutkan kewarganegaraan
di bawah Perkara 25,
perenggan (b) Fasal (1) Perkara 26,
atau Perkara 26A jika
Kerajaan Persekutuan berpuas hati
bahawa akibat daripada
pelucutan itu dia tidak akan menjadi
warganegara mana-mana
negara.
Tatacara bagi pelucutan
27. (1) Sebelum membuat sesuatu
perintah di bawah Perkara 24,
25 atau 26, Kerajaan Persekutuan hendaklah
memberikan notis
secara bertulis kepada orang yang
terhadapnya perintah itu
dicadangkan hendak dibuat memberitahu
orang itu tentang alasan
perintah itu dicadangkan hendak
dibuat dan tentang haknya untuk
merujukkan kes itu kepada suatu
jawatankuasa siasatan di bawah
Perkara ini.
38
Perlembagaan Persekutuan
(2) Jika mana-mana orang yang
kepadanya notis itu diberikan
memohon supaya kes itu dirujukkan
seperti yang disebut
terdahulu, maka Kerajaan Persekutuan
hendaklah, dan dalam apaapa
kes lain Kerajaan Persekutuan boleh,
merujukkan kes itu
kepada suatu jawatankuasa siasatan
yang terdiri daripada seorang
pengerusi (iaitu seorang yang
mempunyai pengalaman
kehakiman) dan dua orang anggota lain
yang dilantik oleh
Kerajaan itu bagi maksud itu.
(3) Dalam hal mana-mana rujukan
sedemikian, jawatankuasa
itu hendaklah mengadakan suatu
siasatan mengikut apa-apa cara
sebagaimana yang diarahkan oleh
Kerajaan Persekutuan, dan
mengemukakan laporannya kepada
Kerajaan itu; dan Kerajaan
Persekutuan hendaklah mengambil kira
laporan itu dalam
memutuskan sama ada hendak membuat
perintah itu atau tidak.
Pemakaian Bab 2 bagi warganegara
tertentu melalui kuat
kuasa undang-undang
28. (1) Bagi maksud peruntukan yang
terdahulu dalam Bab
ini—
(a) mana-mana orang yang sebelum Hari
Merdeka menjadi
warganegara persekutuan atau
warganegara bagi
Persekutuan melalui pendaftaran
sebagai warganegara
atau berikutan dengan pendaftarannya
sebagai rakyat
seseorang Raja, atau melalui
pemberian perakuan
kewarganegaraan, di bawah mana-mana
peruntukan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948, atau manamana
peruntukan mana-mana undang-undang
Negeri
hendaklah dikira sebagai warganegara
melalui pendaftaran
dan, jika dia tidak dilahirkan di
dalam Persekutuan, sebagai
warganegara melalui pendaftaran di
bawah Perkara 17;
(b) seseorang perempuan yang sebelum
Hari Merdeka
menjadi warganegara persekutuan atau
warganegara
bagi Persekutuan melalui pendaftaran
sebagai
warganegara, atau berikutan dengan
pendaftarannya
sebagai rakyat seseorang Raja, di
bawah mana-mana
peruntukan Perjanjian tersebut atau
mana-mana
peruntukan mana-mana undang-undang
Negeri yang
membenarkan pendaftaran perempuan
yang berkahwin
dengan warganegara bagi Persekutuan
atau dengan
39
Undang-Undang Malaysia
rakyat Raja hendaklah dikira sebagai
warganegara melalui
pendaftaran di bawah Fasal (1)
Perkara 15;
(c) mana-mana orang yang sebelum Hari
Merdeka telah
dinaturalisasikan sebagai warganegara
persekutuan atau
warganegara bagi Persekutuan di bawah
Perjanjian
tersebut atau yang menjadi
warganegara persekutuan
atau warganegara bagi Persekutuan
berikutan dengan
penaturalisasiannya sebagai rakyat
seseorang Raja di
bawah mana-mana undang-undang Negeri
hendaklah
(tertakluk kepada Fasal (2)) dikira
sebagai warganegara
melalui penaturalisasian,
dan sebutan dalam peruntukan itu
mengenai pendaftaran atau
penaturalisasian seseorang
warganegara hendaklah ditafsirkan
dengan sewajarnya.
(2) Tiada seorang pun yang dilahirkan
di dalam Persekutuan
boleh menurut kuasa Perkara ini
dilucutkan kewarganegaraan di
bawah Perkara 25.
(3) Seseorang yang pada Hari Merdeka
menjadi warganegara
melalui kuat kuasa undang-undang oleh
sebab telah menjadi
warganegara bagi Persekutuan sebaik
sebelum hari itu tidak boleh
dilucutkan kewarganegaraan di bawah
Fasal (1) atau (2) Perkara
24 oleh sebab apa-apa jua yang
dilakukan pada atau sebelum hari
itu; tetapi dalam hal mana-mana orang
sedemikian Fasal (2)
Perkara 25 hendaklah terpakai juga
berhubung dengan tempoh
kemastautinan di negara-negara asing
yang bermula sebelum Hari
Merdeka dan berhubung dengan sesuatu
tempoh sedemikian yang
bermula pada atau selepas hari itu.
Pelucutan kewarganegaraan orang yang
menjadi warganegara
pada Hari Malaysia
28A. (1) (Dimansuhkan).
(2) Bagi maksud Perkara 24, 25, 26
dan 26A seseorang yang
pada Hari Malaysia menjadi
warganegara melalui kuat kuasa
undang-undang kerana sebaik sebelum
hari itu dia mempunyai
taraf warganegara United Kingdom dan
Tanah-Tanah Jajahan
hendaklah dikira—
(a) sebagai warganegara melalui
pendaftaran jika dia
memperoleh taraf itu melalui
pendaftaran; dan
40
Perlembagaan Persekutuan
(b) sebagai warganegara melalui
penaturalisasian jika dia
memperoleh taraf itu melalui atau
berikutan dengan
penaturalisasian,
dan sebutan dalam Perkara itu
mengenai pendaftaran atau
penaturalisasian seseorang
warganegara hendaklah ditafsirkan dengan
sewajarnya.
(3) Jika di bawah Perkara ini
seseorang perempuan hendaklah
dikira sebagai warganegara melalui
pendaftaran, dan taraf yang
berikutan dengannya dia hendaklah
dikira sedemikian telah
diperolehnya oleh sebab perkahwinan,
maka bagi maksud Fasal
(4) Perkara 24 dan Fasal (2) Perkara
26 dia hendaklah dikira
sebagai warganegara melalui
pendaftaran di bawah Fasal (1)
Perkara 15.
(4) Jika di bawah Perkara ini
seseorang yang dilahirkan
sebelum Hari Malaysia hendaklah
dikira sebagai warganegara
melalui pendaftaran oleh sebab
hubungan dengan Negeri Sabah
atau Sarawak dan dia tidak dilahirkan
di wilayah-wilayah yang
termasuk di dalam Negeri Sabah dan
Sarawak, maka Perkara 25
hendaklah terpakai baginya
seolah-olah dia ialah seorang
warganegara melalui pendaftaran di
bawah Perkara 16A atau 17.
(5) Walaupun di bawah Perkara ini
seseorang hendaklah
dikira sebagai warganegara melalui
penaturalisasian, dia tidaklah
boleh dilucutkan kewarganegaraannya
di bawah Perkara 25 jika
dia dilahirkan sebelum Hari Malaysia
di wilayah-wilayah yang
termasuk di dalam Negeri Sabah dan
Sarawak, dan dia hendaklah
dikira sedemikian oleh sebab taraf
yang diperoleh melalui atau
berikutan dengan penaturalisasian di
wilayah-wilayah itu.
(6) Tanpa menjejaskan Fasal-Fasal
yang terdahulu, jika pada
Hari Malaysia seseorang menjadi
warganegara melalui kuat kuasa
undang-undang oleh sebab apa-apa
taraf yang dimilikinya sebaik
sebelum hari itu, tetapi taraf itu
boleh dilucutkan daripadanya di
bawah undang-undang yang berhubungan
dengan pelucutan itu
berkenaan dengan perkara-perkara yang
dilakukan sebelum hari
itu, maka Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan
kewarganegaraannya, jika prosiding
bagi maksud itu dimulakan
sebelum bulan September 1965; tetapi
Fasal (2) Perkara 26B dan,
tertakluk kepada Fasal (7), Perkara
27 hendaklah terpakai bagi
perintah di bawah Fasal ini
sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai
bagi perintah di bawah Perkara 25.
41
Undang-Undang Malaysia
(7) Jika seseorang boleh dilucutkan
kewarganegaraannya di bawah
Fasal (6) dan prosiding telah
dimulakan sebelum Hari Malaysia
untuk melucutkan taraf yang
disebabkan olehnya dia memperoleh
kewarganegaraannya, maka prosiding
itu hendaklah dikira sebagai
prosiding untuk melucutkan
kewarganegaraannya di bawah Fasal
itu, dan hendaklah diteruskan sebagai
yang demikian; tetapi prosiding
itu hendaklah diteruskan mengikut
undang-undang yang berhubungan
dengan taraf itu sebaik sebelum Hari
Malaysia, dan fungsi Kerajaan
Persekutuan berhubung dengannya
hendaklah diwakilkan kepada
mana-mana pihak berkuasa Negeri yang
berkenaan sebagaimana
yang ditentukan oleh Kerajaan
Persekutuan.
Bab 3—Tambahan
Kewarganegaraan Komanwel
29. (1) Mengikut kedudukan
Persekutuan di dalam Komanwel,
tiap-tiap orang yang menjadi
warganegara Persekutuan menikmati,
oleh sebab kewarganegaraannya itu,
taraf warganegara Komanwel
bersama-sama dengan warganegara
negara-negara Komanwel yang
lain.
(2) Kecuali setakat yang
diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
mana-mana undang-undang yang sedia
ada hendaklah terpakai
berhubung dengan warganegara Republik
Ireland yang bukan juga
warganegara Komanwel sebagaimana
undang-undang itu terpakai
berhubung dengan warganegara
Komanwel.
Perakuan kewarganegaraan
30. (1) Apabila permohonan dibuat
oleh mana-mana orang yang
berkenaan dengan kewarganegaraannya
terdapat keraguan, sama
ada mengenai fakta atau mengenai
undang-undang, Kerajaan
Persekutuan boleh memperakui bahawa
orang itu ialah seorang
warganegara.
(2) Sesuatu perakuan yang dikeluarkan
di bawah Fasal (1),
melainkan jika dibuktikan bahawa
perakuan itu telah didapati dengan
cara fraud, nyataan palsu atau
penyembunyian apa-apa fakta material,
hendaklah menjadi keterangan
konklusif bahawa orang yang
dimaksudkan olehnya ialah seorang
warganegara pada tarikh perakuan
itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa
keterangan bahawa dia ialah
seorang warganegara pada tarikh yang
lebih awal.
42
Perlembagaan Persekutuan
(3) Bagi maksud menentukan sama ada
seseorang dilahirkan
sebagai warganegara Persekutuan,
apa-apa soal sama ada dia
dilahirkan sebagai warganegara suatu
negara lain hendaklah
diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan
dan perakuan Kerajaan
Persekutuan mengenai soal itu adalah
konklusif (melainkan jika
dibuktikan bahawa perakuan itu telah
didapati dengan cara fraud,
nyataan palsu atau penyembunyian
sesuatu fakta material).
(4) (Dimansuhkan).
30A. (Dimansuhkan).
30B. (Dimansuhkan).
Kesimpulan :
Perlembagaan Persekutuan
PENGAJARAN
Pengubalan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses yang panjang dan hal inin menunjukkan bahawa Perlembagaan ialah perkara penting bagi sesebuah negara berdaulat
Perlembagaan adalah yang tertinggi dalam negara mengatasi badan-badan pemerintah yang lain seperti YDPA ,Parlimen dan Kabinet
Pembentukan perlembagaan sehingga kini menjadi asas kepada perpaduan negara Malaysia
Setiap individu atau warganegara Malaysia adalah tertaluk kepada undang-undang negara
Kesan kepada bangsa dan Negara
· Pembentukan hak istimewa orang melayu dan bumiputera secara tidak langsung telah berperanan memelihara kedudukan masyarakat melayu sebagai penduduk asal Negara ini.
· Pembentukan Perlembagaan telah menggariskan
akta dan undang-undang untuk perjalanan
sistem pentadbiran di Malaysia.Ini
akan mengelakkan rakyat Malaysia daripada melakukan sesuatu yang boleh
memusnahkan dan merosakkan nama baik negara
.
Renungan untuk Generasi
Baharu
· Setiap wargananegara Malaysia tidak
patut mempersoalkan perkara-perkara yang
telah termaktub dalam
perlembagaan Negara.Hal ini
kerana,jika sebarang perubahan
dibuat terhadap sesuatu
perkara ia secara
tidak langsung akan
menjejaskan kedaulatan
perlembagaan itu sendiri.Apabila kedaulatan hilang , ia
tidak akan dihormati
lagi . Jika rakyat tidak
menghormati perlembagaan Negara akan musnah kerana
pergerakan mereka tiada
kawalan.
· Setiap warganegara
Malaysia mendapat tempat dalam
Perlembagaan Negara . Tidak
bangsa dan agama
sekalipun , mereka mempunyai kedudukan
dan keistimewaan tersendiri . Setiap bangsa
perlu menghormati keistimewaan
bangsa-bangsa lain .
RUJUKAN
http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf
http://sukosenseipa.blogspot.my/2008/01/perlembagaan-persekutuan.html
BUKU PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA(OXFORD FAJAR)
Ahli Kumpulan :
1) Anas bin Zamri (K) .
2) Mohamad Firdaus Bin Azman (K) .
3) Taufiq Bin Rahim(K) .
4) Hazim Bin Haslan(K) .
5) Muhamad Abdul Qayyum bin Abdul Manaf (K).
No comments:
Post a Comment